Rahsia Tahi Lalat


Hahaha. Mari-mari kita hiburkan hari ini dengan mengetahui rahsia tahi lalat. Semua orang ada tahi lalat. Tetapi tak tahu la saya kalau-kalau ada orang yang langsung tiada tahi lalat ini.
Thanks kepada saudari Mazrah Yusop kerana sudi berkongsi artikel Rahsia Tahi Lalat ini.
Tanda
Firasat Tahi Lalat
Bibir atas kanan
Banyak rezeki, pandai
Bibir atas kiri
Ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan
Disegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiri
Pandai bicara, tak mudah kalah
Leher kanan
Cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri
Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengah
Tercapai cita-cita
Biji mata kanan
Suka serong dan pembohong
Biji mata kiri
Pembohong tetapi baik hati
Hujung mata kanan
Baik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiri
Baik budi, murah rezeki
Punggung kanan
Agak mengalami kesulitan
Punggung kiri
Malas dan suka duduk
Betis kanan
Suka berhibur, boros
Betis kiri
Rajin, tidak suka menganggur
Lutut kanan
Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiri
Kurang kuat berusaha
Kepala sebelah kanan
Terkabul cita-cita
Kepala sebelah kiri
Sering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakang
Jujur, sabar dan tekun
Kening kanan
Cerdas dan cekap
Kening kiri
Cerdas dan sopan santun
Tengah kening
Keras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kanan
Kecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiri
Suka berpoya-poya
Ketiak kanan
Dapat menyimpan rahsia
Ketiak kiri
Jujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kanan
Suka keluar rumah
Pergelangan kaki kiri
Kehendak kuat
Batang hidung
Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidung
Banyak rezeki
Dagu bawah kanan
Jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri
Bijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiri
Baik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki)
Bakal beristeri dua
Tumit kanan
Jujur dan banyak kawan
Tumit kiri
Baik budi
Alis kanan
Suka menolong dan baik hati
Alis kiri
Ramai yang suka
Pangkal peha kanan
Kemahuan kuat
Pangkal peha kiri
Suka kerja apa pun
Telapak kaki kanan
Tak mudah mengeluh
Jari kaki kanan
Suka menolong
Jari kaki kiri
Berbudi, suka berbuat baik
Bahu kanan
Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiri
Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kanan
Baik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiri
Ramai kawan, setia pada pasangan
Lengan kanan
Setia dan taat pada atasan
Lengan kiri
Menepati janji dan rajin
Pipi kanan
Ramai teman
Tengah-tengah pipi kanan
Ramai yang suka
Tengah-tengah pipi kri
Ramai teman
Ubun-ubun
Kurang jujur
Pusat
Cerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kanan
Sejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiri
Beroleh kemuliaan
Pinggang kanan
Sayang pada pasangan hidup
Pinggang kiri
Disayang pasangan hidup
Dada kanan
Dapat mengatasi masalah
Dada kiri
Berani, jujur dan sabar
Telapak kaki kanan
Tidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiri
Baik budi pekertinya
Siku tangan kanan
Kuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiri
Baik hati, suka menolong
Jari tangan kanan
Serba beroleh keuntungan
Jari tangan kiri
Serba baik bekerja
Jari telapak tangan kanan
Banyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiri
Banyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kanan
Boros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiri
Dapat berpangkat
Perut bawah kanan
Banyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiri
Baik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalam
Disayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalam
Tidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luar
Baik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiri
Murah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kanan
Serba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atas
Baik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atas
Baik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawah
Agak malas
Kelopak mata kiri bawah
Agak bodoh, kurang bijaksana


Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI: Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.Pandai mengambil hati orang lain.Pendiam kecuali telah dirangsang.Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.Mudah mendisiplinkan diri sendiri.Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.Cukup sayang pada kanak-kanak.Suka duduk di rumah.Setia pada segala-galanya.Perlu belajar kemahiran bersosial.Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI: Berfikiran abstrak.Sukakan benda yang realiti dan abstrak.Bijak dan pintar. Berpewatakan yang mudah berubah.Mudah menawan orang lain.Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri.Jujur dan setia pada segalanya.Keras hati untuk mencapai matlamat.Tidak suka dikongkong.Mudah memberontak apabila dikongkong.Suka kegiatan yang lasak.Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.Mudah mempamerkan marahnya.Tidak suka benda yang remeh-temeh.Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.Sangat berani dan suka memberontak.Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.Pemerhatian yang tajam.Suka hiburan dan sukan.Suka benda yang bersifat seni.Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.Berkecenderungan pada benda yang tahyul.Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC: Berpesonaliti menarik dan menawan.Mudah didampingi.Sangat pemalu dan pemendam rasa.Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.Suka pada kedamaian.Sangat peka pada orang lain.Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.Tidak cepat marah dan sangat amanah.Tahu membalas dan mengenang budi.Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.Suka berangan-angan.Suka melancong.Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.Kelam kabut dalam memilih pasangan.Suka dengan hiasan rumahtangga.Punya bakat seni dalalm bidang muzik.Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL: Sangat aktif dan dinamik.Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.Sangat menarik dan pandai menjaga diri.Punya daya mental yang sangat kuat.Suka diberi perhatian.Sangat diplomatik (pandai memujuk ).Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.Sangat berani dan tiada perasaan takut.Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.Emosi cepat terusik.Cuba kawal perasaan.Kecenderungan bersifat pendendam.Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.Kuat daya ingatan.Gerak hati yang sangat kuat.Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.Berpenyakit disekitar kepala dan dada.Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI: Keras hati & tegas.Kuat semangat & bermotivasi tinggi.Pemikiran yang tajam.Mudah marah apabila tidak dikawal.Pandai menarik hati & perhatian orang lain.Perasaan yang amat mendalam.Cantik dari segi mental & fizikal.Tidak perlu dimotivasikan.Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.Mudah dipujuk.Bersikap sistematik (otak kiri).Suka berangan.Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.Daya khayalan yang tinggi.Permikiran yang tajam.Pandai berdebat.Fizikal yang baik.Kelemahan sistem pernafasan.Suka sastera, seni & muzik serta melancong.Tidak berapa suka duduk di rumah.Tidak boleh duduk diam.Tidak punya ramai anak.Rajin dan bersemangat tinggi.Agak boros.

JUN: Berfikiran jauh & berwawasan.Mudah ditawan kerana sikap baik.Berperangai lemah lembut.Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.Idea yang terlalu banyak di kepala.Bersikap sensitif.Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).Sukar melakukan sesuatu dengan segera.Bersikap suka menangguh-nangguh.Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.Cepat marah & cepat sejuk.Suka bercakap & berdebat.Suka buat lawak & bergurau.Otaknya cerdas berangan-angan.Mudah berkawan & pandai berkawan.Seorang yang sangat tertib.Pandai mempamerkan sikap.Mudah kecil hati.Mudah kena selsema.Suka berkemas.Cepat rasa bosan.Sikap terlalu memilih & cerewet. Kurang mempamerkan perasaan.Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.Suka pada barang yang berjenama.Mudah menjadi eksekutif.Kedegilan yang tidak terkawal.Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI: Sangat suka didamping.Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.Agak pendiam kecuali dirangsang.Ada harga dan maruah diri.Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.Mudah dipujuk dan bercakap lurus.Sangat menjaga hati orang lain.Sangat peramah.Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.Berjiwa sentimental. Jarang berdendam.Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.Tidak suka benda remeh-temeh.Membimbing cara fizikal dan mental.Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.Layanan yang serupa terhadap semua orang.Tinggi daya simpati.Pemerhatian yang tajam.Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.Mudah dan rajin belajar.Suka muhasabah diri.Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.Suka mendiamkan diri.Suka duduk di rumah.Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.Tidak agresif kecuali terpaksa.Lemah dari segi kesihatan perut.Mudah gemuk kalau tak kawal diet.Minta disayangi.Mudah terluka hati tapi lambat pulih.Terlalu mengambil berat.Rajin dalam membuat kerja.
OGOS: Suka berlawak.Mudah tertawan padanya.Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.Berani dan tidak tahu takut.Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.Pandai memujuk orang lain.Terlalu pemurah & bersikap ego.Nilai harga diri yang sangat tinggi.Dahagakan pujian.Semangat juang yang luar biasa.Cepat marah & mudah mengamuk.Mudah marah apabila cakapnya dilawan.Sangat cemburu.Daya pemerhatian yang tajam & teliti.Cepat berfikir.Fikiran yang berdikari.Suka memimpin & dipimpin.Sifat suka berangan.Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.Belajar untuk bertenang.Sikap kelam kabut.Romantik, pengasih dan penyayang.Suka mencari kawan

SEPTEMBER: Sangat bersopan santun & bertolak ansur.Sangat cermat, teliti & teratur.Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.Pendiam tapi pandai bercakap.Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.Kerja yang dilakukan sangat sempurna.Sangat sensitif yang tidak diketahui.Seorang yang banyak berfikir.Daya pentaakulan yang baik.Otak bijak & mudah belajar.Suka mencari maklumat.Kawal diri dari terlalu mengkritik.Pandai mendorong diri sendiri.Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.Suka sukan, hiburan & melancong.Kurang menunjukkan perasaannya.Terluka hatinya sangat lama disimpan.Terlalu memilih pasangan.Sukakan benda yang luas.Bersistematik 

OKTOBER: Suka berbual.Suka orang yang sayang padanya.Suka ambil jln tengah.Sangat menawan & sopan santun.Kecantikan luar & dalam.Tidak pandai berbohong & berpura-pura.Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.Sentiasa berkawan.Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.Cepat marah.Macam pentingkan diri sendiri.Tidak menolong orang kecuali diminta.Suka melihat dari perspektifnya sendiri.Tidak suka terima pandangan orang lain.Emosi yang mudah terusik.Suka berangan & pandai bercakap.Emosi yang kelam kabut.Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).Suka melancong, bidang sastera & seni.Pengasih, penyayang & lemah lembut.Romantik dalam percintaan.Mudah terusik hati & cemburu.Ambil berat tentang orang lain.Suka kegiatan luar.Seorang yang adil.Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.Mudah patah semangat


NOVEMBER: Banyak idea dalam perkara.Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.Berfikiran kehadapan.Berfikiran unik dan bijak.Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.Pemikiran yang tajam.Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.Sesuai jadi seorang doktor.Cermat dan teliti.Personaliti yang dinamik.Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.Terlalu degil dan keras hati.Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.Tak suka marah kecuali digugat.Mudah ambil berat terhadap orang lain.Pandai muhasabah diri.Cara berfikir yang lain dari orang lain.Otak yang sangat tajam.Pandai mendorong diri sendiri.Tidak hargai pujian.Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.Cuba sampai berjaya.Badan yang sasa.Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.Suka duduk di rumah.Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.Bercita-cita tinggi.Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER: Sangat setia dan pemurah.Bersifat patriotik.Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.Bercita-cita tinggi.Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.Seronok bila didampingi.Suka bercampur dengan orang.Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.Tidak pandai berpura-pura.Cepat marah.Perangai yang mudah berubah-ubah.Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.Benci pada kongkongan.Suka berlawak.Pandai buat lawak dan berfikiran logic



RAHSIA MENGENAL WANITA DARI CARA BERJALAN:
1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

RAHSIA DAHI DAN PERSONALITI WANITA
“Hai..pantang tengok yang berdahi licin sikit. Mulalah nak ‘test power!’” Tentu kamu cukup ‘familiar’ dengan kata-kata seperti di atas tu ? Selalunya orang mengaitkan ‘dahi licin’ dengan perempuan yang cantik dan menawan. Itu sekadar ungkapan saja kan? Bercakap soal dahi ini,tahukah kamu bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada diri kamu! Bahayakan..Jadi lain kali sesiapa yang dahinya agak luas tu cepat-cepatlah ‘cover’kannyer sikit.Kalau tidak tentu ada yang boleh menilik perangai dan tingkah laku kamu walau pun baru pertama kali bersua. Kalau kamu nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai dahi kamu tu hah… cubalah baca artikel ini hingga habis.Baca tau, jangan tak baca! Tapi seperti biasa, ada syaratnya. Kenal pasti dulu bentuk dahi kamu tu! Tak susah kan? Siapa cakap susah?

Dahi Jendol
Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak ‘buruk’ rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!


Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja.
Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak ‘mati’ kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak ’sempit’! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.


Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.


Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’ yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu ‘membuka’bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu ’satu dunia tahu’,bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!


Dahi dengan juntaian anak rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman – teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik ‘over budget’ saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!


Personaliti Cinta ini telah dikongsikan bersama oleh saudari zahra di Forum Tentang Cinta