Ahad, 10 April 2011

HIDUP UMPAMA RODA,TAMPA RODA MANUSIA LUMPUH


Kita sering mendengar perpatah ini "HIDUP UMPAMA RODA, SEKEJAP DI ATAS SEKEJAP DI BAWAH" begitulah nasib BLOGGER, kalau join mana-mana forum tak cukup kuat idea tulisan maka tak ramai yang nak buka. Jadi kenalah menulis idea-idea baru yang tidak pernah orang tahu.

Dulu manusia cipta kereta kuda atau kereta lembu pakai roda kayu. Namun kenderaan tu pun dah tak nampak bayang. Kalau ada pun kereta lembu di Melaka di air Keroh. Naik sekejap nak rasa macam mana siksanya naik kereta lembu bayar RM10.00.

Basikal dulu pakai rim berlidi, patah 1 je rim pun bengkok. Perpatah ada menyatakan kekuatan manusia perlu macam penyapu, bila banyak maka boleh menyapu sampah. Cuba kalau sebatang sudah pasti tidak boleh dijadikan penyapu. Maknanya perpaduan itu penting sesama kita baru ada kekuatan dalam menyelesaikan masalah bersama.

Sekarang basikal dah pakai roda canggih, malah semakin cantik rebentuknya.Tayar basikal dah tubles,tak perlu pakai tiub macam dulu,kalau bocor maka kena tampal.Kadang sepanjang tiub tu ada sepuluh tampalan, bukan apa dok kampung mana mampu nak beli tiub selalu.Selagi boleh pakai maka tampal jelah..
Kalau dulu kereta pakai tayar mati, kemudian pakai tiub. Kini tayar kereta pakai tubless.Bocor masih boleh bergerak panduan.Cuma kalau berhenti je,angin akan keluar cepat. Sempatlah nak cari lokasi berhenti untuk menukar tayar gantian sementara. Tayar sekarang pula kena tibang, balensing,eliment dan kekuatan angin supaya panduan lebih selamat dan penjimatan tayar tidak cepat rosak.


Semakin manusia bijak mencipta benda-benda baru berteknologi maka kecanggihan akan wujud. Begitu juga sewajarnya manusia perlu sentiasa menitik beratkan ilmu sekalipun usia meningkat. Ilmu semakin baru semakin banyak perlu dipelajari.Roda amat diperlukan dalam hidup. Umpama kereta roda amat mustahak kepada mereka yang bermasalah lumpuh. Apapun biarlah lumpur angota badan jangan lumpuh pemikiran. Roda-roda kehidupan amat menitik beratkan keyakinan diri dalam menempuh dan mengharuhi kehidupan yang semakin mencabar. Pertimbangan akal amat penting dalam membuat sesuatu keputusan. Roda-roda pemikiran terkadangkala mampu membunuh berjuta manusia dan mampu menyelesaikan masalah sejuta manusia.Dua pusingan rodak pemikiran ialah: pertimbangan cerdik dan pertimbangan bodoh.Maka roda pemikirian berlapiskan kecerdikan,hasilnya ialah kebijaksanaan. Jika roda pemikiran dimonopoli kebodohan maka kesusahan dan tidak mustahil kecelakaan menyelubungi kehidupan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan